Fantastik! Saya mendapat ilham untuk menulis Jangan Lupakan Aku pada pertengahan tahun 2012. Manuskrip asal Jangan Lupakan Aku adalah Istana Cinta. Elza Zaharah dan Ilham Zackry adalah nama yang dipilih oleh suami saya. Mmm...
Pernah saya katakan kepada rakan-rakan FB saya, mana bisa untuk saya tuliskan kesemua kisah bahagia, suka dan duka cinta Zara-Izack di dalam novel yang hanya sebanyak 567 muka surat.
Elza Zaharah, seorang wanita sempurna di mata saya. Dia seorang anak yang baik, teman yang baik dan bos yang baik.
Asalnya, dia seorang yang periang. Namun kemudiannya menjadi gadis yang banyak
menyimpan sengsara akibat sebuah tragedi di dalam keluarga.
Pertemuan
Zara dengan Khairul Iqbal di Madinah & Mekah buat dia menerima cinta.
Mereka bernikah gantung. Namun, Khairul Iqbal juga meninggalkannya apabila maut
menjemput pergi. Kembalilah Zara ke dunia asalnya, serius dan banyak
berduka. Hanya adik-adik arwah Iqbal yang buat dia gembira, iaitu Luqman,
Hadi dan Haikal.
Ilham Zackry, liar pada zaman remajanya. Dia dimanjakan ibubapa yang memang berharta, bersekolah di sekolah swasta yang ternama dan mempunyai teman wanita, Nyiela yang cukup sensasi dengan cara hidupnya. Lepas dan bebas!
Perpisahan
tanpa rela buat Izack sangat kecewa. Dia merantau ke luar negara untuk
menyambung pengajian sambil mengubat hatinya yang lara akibat putus
cinta. 12 tahun berlalu, apabila kematangan mula menjengah diri, rasa sunyi
dalam diam menyelimuti hati. Dia kembali ke Malaysia untuk bersama papa dan
kakak-kakaknya mengendalikan perniagaan mereka yang sudah cukup besar.
Izack cuba
mencuri hati Zara dengan cara yang cukup istimewa. Hingga segala usaha itu
berbaloi apabila Zara sudi menyambut cintanya yang suci. Di Istana Izack mereka
hidup bahagia bersama sebagai suami isteri.
Tuntutan
kerja memaksa mereka berpisah sementara. Izack ke bumi Pak Bambang. Gempa bumi
di tengah Lautan Hindi, menyebabkan tsunami melanda Indonesia dan
menggegar bandar yang sedang dibangunkan bernama Desari di mana
Izack berada. Izack terperangkap di dalam runtuhan sebuah
bangunan lama hingga buat dia koma sementara dan apabila sedar, dia
mengalami kecelaruan ingatan. Selective
Overlapping Memories, begitu kata doktor.
Dia tidak
mampu mengingati kewujudan Zara dalam hidupnya.
Catatan
masa di mindanya tentang cinta mengundur buat dia berkeras mengatakan yang
dia sedang bercinta dengan Nyiela dan hidup liar seperti 12
tahun lalu.
Ingatan
Izack tentang hal yang lain tidak berubah. Dia tahu
dia adalah CEO Quarter Gold, Pengarah Eksekutif Global Ventures dan
anak kepada Tan Sri Rushdi dan Datin Sri Halimah. Dia ingat semua dan
segala kecuali Zara dan perkara yang berkaitan dengan wanita itu.
Maka, di
dalam kesedihan, air mata menjadi peneman Zara. ALLAH berikan dugaan. ALLAH juga
yang berikan ilham untuk Zara menghadapinya. Biar perit. Biar sakit.
Kerana cinta, Zara berpegang pada janji. Kerana janji, Zara setia menanti
cinta. Cinta yang kedua, dari lelaki yang sama, iaitu suaminya sendiri, Ilham
Zackry.
Siapakah Adam seperti yang saya tuliskan dalam preview Jangan Lupakan Aku?
Siapakah Sarah yang muncul menghangatkan lagi suasana?
Jangan Lupakan Aku - Ingatan ALLAH buat Ilham Zackry.
Jangan Lupakan Aku - Pinta Elza Zaharah pada Ilham Zackry.
Jangan Lupakan Aku - Saya percaya setiap dari kita pernah melafazkannya pada pada seseorang yang istimewa.
Saya berbesar hati, menjemput anda menghayati karya pertama saya yang sudi diterbitkan oleh Alaf 21, JANGAN LUPAKAN AKU! Semoga kita semua dapat sedikit manfaat darinya. Amin...
Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya
4/19/2013 01:09:00 pm |
Category:
Naskah 1: JLA - Alunan Bicara Penulis
|
0
comments
Comments (0)