Jangan Lupakan Aku - Iza Safiya

Harga: RM 22.00
ISBN: 978-983-124-840-9
Halaman: ~576
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 20 Jan 2013
Kategori: Novel

Sinopsis
Zara rela apabila Izack meluahkan cinta terhadapnya. Kesungguhan Izack serta restu keluarga membuatkan Zara pasrah menerima lafaz akad seorang lelaki.
“Aku suami dan kau isteri... bersetialah kita pada janji sehingga mati!”

Namun, kebahagiaan mereka bagai terhenti apabila Izack kemalangan. Dia mengalami kecelaruan ingatan. Izack yakin dia masih bujang dan sedang bercinta dengan Nyiela, kekasihnya yang hidup bebas. Tetapi, hatinya jadi sakit pada hakikat yang dia seorang suami pada wanita yang suka berbaju kurung dan bertudung litup.

Menerima hakikat Izack tidak mengingatinya, Zara jadi sengsara. Nama Nyiela sering disebut oleh suaminya dalam sedar atau mimpi. Akhirnya, Zara relakan Izack mencari Nyiela demi satu hakikat.
Abang... Cinta kita adalah benar! Perkahwinan kita adalah benar! Zara sangat cintakan abang. Abang pun memang cintakan Zara!”

Masihkah ada sisa kasih di hati si suami? Masih belum cukupkah air mata Zara agar ingatan Izack kembali pulih? Hanya takdir yang merungkai segalanya.

Maklumat Penerbitan:
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd
Pengurus besar Penerbitan : Sri Diah
Editor Pengurusan: Sa'adiah Mohamad
Editor : Norlizawati Yaakob
Pengarah Kreatif : Nor Azam Syah Razmi
Pengarah Muda Seni : Roslan Sajat
Grafik : Siti Darina Muhamad

Comments (0)